Home » , , » 150 NGO INDIA BANTAH PELANTIKAN P. WAYTHAMOORTHY

150 NGO INDIA BANTAH PELANTIKAN P. WAYTHAMOORTHY

Kira-kira 150 NGO India dan Pemuda MIC akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri,  Najib Tun Razak bagi membantah pelantikan pemimpin Hindraf, P.Wathyamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mereka mendakwa Waythamoorthy tidak layak mewakili masyarakat India di negara ini kerana beliau gagal menunaikan janji-janjinya kepada kaum India semasa menganjurkan demonstrasi jalanan pada 2007. Sehubungan itu, beberapa NGO India menggesa pemimpin-pemimpin MIC supaya meletakkan jawatan sebagai membantah pelantikan Waythamoorthy. Perkara ini merupakan satu penghinaan terhadap MIC yang setia bersama BN selama 56 tahun, bidas ketua kumpulan ini, Haji Tasleem dalam satu sidang media di Kuala Lumpur semalam.

0 comments:

Post a Comment