Dalam tulisan blog, chedet.com, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kesimpulan bahawa sebahagian besar peserta dalam siri perhimpunan jalanan pada 5 Mei lalu, terdiri daripada kaum Cina. Beliau berpendapat, perkembangan itu akan menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik. Tambahnya, jumlah orang Melayu yang sedikit dalam perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan keterasingan pemimpin PAS dalam demonstrasi tersebut.
NGO DESAK AHLI PARLIMEN PAKATAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH
Posted by Unknown
Posted on 01:16
with No comments
Ketua Kumpulan Gabungan NGO, Haris Ibrahim, menggesa wakil Pakatan Rakyat supaya memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen yang dijadual berlangsung pada akhir Jun ini kerana percaya berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Beliau berkata, mereka akan memulakan kempen dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik tertentu pada minggu ini. Beliau berkata, pemulauan pada 24 Jun itu juga akan menguatkan lagi bantahan Pakatan yang selama ini disalurkan melalui siri perhimpunan jalanan di seluruh negara. Beliau turut mendakwa, bahawa sebanyak 51% pengundi telah ditipu dalam menentukan siapa yang akan mentadbir Putrajaya.
SUKAR UNTUK MENANG PETISYEN PILIHAN RAYA - PKR
Posted by Unknown
Posted on 00:22
with No comments
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui bahawa adalah
sukar untuk memenangi sesuatu petisyen pilihan raya di mahkamah. Semasa
bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, beliau merasakan sukar untuk
membuktikan adanya penipuandalam pilihan
raya dan ia di luar kemampuan manusia untuk membuktikannya. Mengulas lanjut
mengenai perkara itu, Rafizi berkata, pihak yang memfailkan petisyen itu perlu
membuktikan bahawa pihak lawan telah memberi rasuah atau telah menakut-nakutkan
pengundi untuk mempengaruhi undi mereka.
NAFI LARANG PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KE SABAH
Posted by Unknown
Posted on 01:42
with No comments
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan media semalam, menafikan dakwaan di mana Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengerusi Bersih, S Ambiga dan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli diharamkan memasuki negeri Sabah. Beliau menjelaskan melarang Nurul Izzah memasuki Sabah pada 30 Mei lalu adalah untuk satu majlis sahaja. Nurul, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa, beliau ke Sabah atas jemputan Ahli Parlimen Penampang, Darrell Leiking untuk turut serta dalam perayaan Tadau Kaamaatan Pesta Kaamatan pada 30-31 Mei. Tetapi semasa ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, beliau telah ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihantar pulang tanpa sebarang sebab.
TUN MAHATHIR BERI AMARAN MELAYU AKAN CARI JAGUH BAHARU
Posted by Unknown
Posted on 01:35
with No comments
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya bertajuk ‘Umno dahulu dan sekarang’ menulis, Umno menang pada PRU-13 adalah kerana ia merupakan satu-satunya parti Melayu. Tetapi pada masa akan datang orang Melayu akan mencari jaguh baharu untuk mempertahankan kaum, agama dan negara jika pemimpin Umno terus-terusan menjaga kepentingan mereka sendiri bukan rakyat. Beliau menambah, kemenangan tipis gabungan BN dalam pilihan raya umum itu tidak boleh dianggap sebagai peningkatan sokongan orang Melayu tetapi kerana mereka tidak ada pilihan lain dan takut kehilangan hak serta kedudukan istimewa jika Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa. Pada masa sama, beliau turut menyentuh isu menjadikan BN sebagai parti tunggal kerana belum masanya bagi Barisan Nasional untuk menjadi sebuah parti tunggal. Pendekatan terbaik adalah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.
150 NGO INDIA BANTAH PELANTIKAN P. WAYTHAMOORTHY
Posted by Unknown
Posted on 23:00
with No comments
Kira-kira 150 NGO India dan Pemuda MIC akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak bagi membantah pelantikan pemimpin Hindraf, P.Wathyamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mereka mendakwa Waythamoorthy tidak layak mewakili masyarakat India di negara ini kerana beliau gagal menunaikan janji-janjinya kepada kaum India semasa menganjurkan demonstrasi jalanan pada 2007. Sehubungan itu, beberapa NGO India menggesa pemimpin-pemimpin MIC supaya meletakkan jawatan sebagai membantah pelantikan Waythamoorthy. Perkara ini merupakan satu penghinaan terhadap MIC yang setia bersama BN selama 56 tahun, bidas ketua kumpulan ini, Haji Tasleem dalam satu sidang media di Kuala Lumpur semalam.
