Home » , , , » TUN MAHATHIR BERI AMARAN MELAYU AKAN CARI JAGUH BAHARU

TUN MAHATHIR BERI AMARAN MELAYU AKAN CARI JAGUH BAHARU

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya bertajuk ‘Umno dahulu dan sekarang’ menulis, Umno menang pada PRU-13 adalah kerana ia merupakan satu-satunya parti Melayu. Tetapi pada masa akan datang orang Melayu akan mencari jaguh baharu untuk mempertahankan kaum, agama dan negara jika pemimpin Umno terus-terusan menjaga kepentingan mereka sendiri bukan rakyat. Beliau menambah, kemenangan tipis gabungan BN dalam pilihan raya umum itu tidak boleh dianggap sebagai peningkatan sokongan orang Melayu tetapi kerana mereka tidak ada pilihan lain dan takut kehilangan hak serta kedudukan istimewa jika Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa. Pada masa sama, beliau  turut menyentuh isu menjadikan BN sebagai parti tunggal kerana belum masanya bagi Barisan Nasional untuk menjadi sebuah parti tunggal. Pendekatan terbaik adalah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

0 comments:

Post a Comment