Home » , , , » CHEN YU KANG : SEKIRANYA SMPC KUANTAN BUKAN SMPC YANG SEBENARNYA SAYA AKAN PULANGKAN ANUGERAH SEMANGAT LIM LIAN GEOK

CHEN YU KANG : SEKIRANYA SMPC KUANTAN BUKAN SMPC YANG SEBENARNYA SAYA AKAN PULANGKAN ANUGERAH SEMANGAT LIM LIAN GEOK

Pemenang Anugerah Semangat Lim Lian Geok yang juga veteran pendidikan Cina di Pahang, Chen Yu Kang berkata sekiranya Sekolah Menengah Persendirian Kuantan (SMPC Kuantan) bukan SMPC yang benar-benar mengasaskan bahasa Cina maka beliau akan memulangkan semula anugerah Semangat Lim Lian Geok untuk memohonkan maaf. Chen Yu Kang mengkritik pihak yang menekan lembaga pengarah SMPC Kuantan supaya memulangkan semula surat kelulusan kepada kerajaan, dalam satu sidang akhbar. Beliau juga mengkritik Presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dan Naib Presidennya, Chow Siew Hon kerana masih masih bertelingkah terhadap isu surat kelulusan SMPC Kuantan dengan tujuan untuk menghapuskan SMPC Kuantan. Beliau berkata, perbuatan Dong Zong terhadap Lembaga Pengarah SMPC Kuantan adalah tidak adil dan telah memecahkan perpaduan pendidikan Cina.

0 comments:

Post a Comment