Kira-kira 150 NGO India dan Pemuda MIC akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak bagi membantah pelantikan pemimpin Hindraf, P.Wathyamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mereka mendakwa Waythamoorthy tidak layak mewakili masyarakat India di negara ini kerana beliau gagal menunaikan janji-janjinya kepada kaum India semasa menganjurkan demonstrasi jalanan pada 2007. Sehubungan itu, beberapa NGO India menggesa pemimpin-pemimpin MIC supaya meletakkan jawatan sebagai membantah pelantikan Waythamoorthy. Perkara ini merupakan satu penghinaan terhadap MIC yang setia bersama BN selama 56 tahun, bidas ketua kumpulan ini, Haji Tasleem dalam satu sidang media di Kuala Lumpur semalam.
CHOW SIEW HON : MAHU SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA (SMPC) YANG ASLI
Posted by Unknown
Posted on 22:55
with No comments
Naib Presiden Dong Zong, Chow Siew Hon berkata Dong Zong, Gabungan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Pahang dan pejuang pendidikan Cina akan memperjuangkan semula untuk membina sebuah sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) bukan persendirian di Pahang. Beliau berkata, sehingga kini Pahang masih belum ada sebuah SMPC yang asli dan semangat 520 masih belum tercapai. Beliau juga berkata, pembinaan SMPC baru ini, di Kuantan tidak akan menjejaskan SMPC Kuantan yang baru kerana ia adalah sebuah sekolah menengah kebangsaan persendirian dan bukan SMPC yang asli. Beliau berkata, Dong Zong mengalu-alukan Foon Yew High School Johor untuk menubuhkan cawangannya di Kuantan tanpa mengamalkan sistem dua barisan dan bahasa pengantarnya bahasa Cina di mana asas pembelajaran berdasarkan kepada sukatan pelajaran UEC.
HINDRAF GANTI MIC?
Posted by Unknown
Posted on 01:24
with No comments
Waythamoorthy, salah seorang pemimpin Hindraf yang pernah
mencetuskan perhimpunan besar Hindraf pada November 2007 lalu, kini dilantik
sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pelantikan ini merupakan
satu cabaran besar kepada MIC, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar kepada
wartawan di Sitiawan, semalam. MIC ditubuhkan 56 tahun lalu. Beliau mendakwa,
terpengaruh dengan sokongan dari kalangan kaum India sejak dua pilihan raya
umum, kini Perdana Menteri telah merancang untuk mematikan parti MIC dengan
sepenuhnya dengan memberi jawatan timbalan menteri kepada Waythamoorthy.
ADUAN ROS KERANA TIADA PEMILIHAN MIC
Posted by Unknown
Posted on 01:23
with No comments
Seorang ketua MIC cawangan, Pathmanathan membuat aduan
kepada Pendaftaran Pertubuhan(ROS)tentang keengganan MIC untuk mengadakan pemilihan
parti. Beliau melemparkan soalan mengapa MIC tidak mahu mengadakan pemilihan
MIC meskipun tempohnya akan tamat tidak lama lagi.
TIDAK SALAH PERSOAL KERAJAAN MINORITI BN
Posted by Unknown
Posted on 01:20
with No comments
Rakyat Malaysia berhak mempersoalkan mengapa sistem pilihan
raya negara membenarkan kerajaan minoriti terus berkuasa, kata Lim Guan Eng
hari ini, sambil menyelar tindakan autokratik dan keras kerajaan menghukum
mereka yang berani mempertikaikan. Lim turut mengecam kenyataan Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta mereka yang tidak berpuas
hati dengan sistem pilihan raya negara supaya berhijrah. Beliau juga mencabar
Naib Presiden Umno itu berdebat dengannya sehari suntuk di Parlimen,
bersama-sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau pun Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.