HINA AGUNG DIBIDAS

Presiden Malaysia Indian United Parti(MIUP), Datuk Nallakaruppan membidas tindakan sesetengah pihak yang menghina DYMM Yang di-Pertuan Agong di portal berita sosial.  Beliau menggesa pihak polis supaya  mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang menghina DYMM Yang di-Pertuan Agong.  Mereka perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya.

MIC PERLU BUANG SIKAP DEGILNYA

Pertubuhan Penyayang dan Perpaduan Selangor menggesa MIC supaya membuang sikap degilnya dengan memberi laluan kepada Waythamoorthy yang dilantik sebagai Timbalan Menteri bagi membolehkan beliau menjalankan tugasnya.  Ketua pertubuhan tersebut, Selvindran mengingatkan, sesuai dengan jawatan yang disandang, Waythamoorthy perlu mengatasi masalah yang masih menghantui kaum India seperti untuk mendapatkan kad pengenalan merah dan kewarganegaraan. 

BATALKAN PASPORT, DAP AKAN BANTU

DAP akan menawarkan bantuan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang  pasport mereka dibatalkan oleh kerajaan ekoran penglibatan mereka dalam membantah amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa  kerajaan Barisan Nasional.  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak akan berdiam diri melihat rakyat Malaysia diambil tindakan sedemikian hanya kerana mereka menggunakan hak mereka mendedahkan kepincangan kerajaan.

MENGAPA PROSES PELANTIKAN WAKIL INDIA LEWAT?

Kesemua calon MIC yang bertanding di tiga kerusi DUN di Perak pada PRU-13 yang baru lalu, kalah.  Ini bermakna tiada wakil India dalam kerajaan negeri Perak.  Namun, Menteri Besar, Datuk Zambry telah berjanji akan memperuntukkan jawatan penasihat khas dan pegawai khas bagi masyarakat India.  Tetapi, timbul persoalan mengapa wakil-wakil tersebut masih belum dilantik? 

WAKIL INDIA TIADA TEMPAT DALAM PKR?

Ahli-ahli kaum India PKR Shah Alam merasa tidak puas hati dan kecewa kerana kerajaan negeri Selangor hanya melantik dua sahaja orang India sebagai Exco negeri. Pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat seperti Dato Seri Anwar dan Menteri Besar Selangor tidak mengutamakan kaum India dalam pelantikan ini.  Mereka berpendapat ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar wajar dilantik sebagai Exco Selangor bagi mewakili ahli akar umbi kaum India dalam PKR.


KAWAL PORTAL BERITA BUKAN TINDAKAN TEPAT

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyelar tindakan kerajaan yang mahu mengawal portal berita  dengan tujuan untuk menyekat pelaporannya.   Ia satu tindakan yang tidak patut di mana dunia maklumat teknologi moden masa kini.  Persoalannya,  mengapa kerajaan tidak merancang tindakan ini sebelum ini? Ia kini telah menimbulkan beberapa tanggapan dalam kalangan rakyat, kata beliau.

KABINET LEMAH KATA RAMAKRISHNAN

Tindakan Kabinet melantik menteri sebelum dilantik ke jawatan Senator dikecam dan dikutuk oleh bekas seorang Senator, Dr Ramakrishan. Oleh itu, beliau berpendapat Kabinet tidak lagi diperlukan dan perlu dijumudkan sepenuhnya.


AMBIGA SOKONG PERHIMPUNAN PR DI KL

Datuk Ambiga Sreenevasan menyokong hak Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran “Black 505” di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini walaupun kerajaan mengenakan tindakan keras terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis.


DAP TIDAK PERCAYA WAYTHAMOORTHY

Timbalan Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen, Sivakumar berkata dalam satu kenyataan bahawa parti itu tidak percaya kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy atas jemputan  bekerjasama dengan DAP untuk menyelesaikan masalah kaum India. Persoalannya, apakah sebagai Timbalan Mmenteri, Waythamoorthy tidak mampu untuk menyelesaikan masalah masyarakat India?

HINDRAF GANTI MIC?


Waythamoorthy, salah seorang pemimpin Hindraf yang pernah mencetuskan perhimpunan besar Hindraf pada November 2007 lalu, kini dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pelantikan ini merupakan satu cabaran besar kepada MIC, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar kepada wartawan di Sitiawan, semalam. MIC ditubuhkan 56 tahun lalu. Beliau mendakwa, terpengaruh dengan sokongan dari kalangan kaum India sejak dua pilihan raya umum, kini Perdana Menteri telah merancang untuk mematikan parti MIC dengan sepenuhnya dengan memberi jawatan timbalan menteri kepada Waythamoorthy.

ADUAN ROS KERANA TIADA PEMILIHAN MIC


Seorang ketua MIC cawangan, Pathmanathan membuat aduan kepada Pendaftaran Pertubuhan(ROS)tentang keengganan MIC untuk mengadakan pemilihan parti. Beliau melemparkan soalan mengapa MIC tidak mahu mengadakan pemilihan MIC meskipun tempohnya akan tamat tidak lama lagi.