Presiden Malaysia Indian United Parti(MIUP), Datuk Nallakaruppan membidas tindakan sesetengah pihak yang menghina DYMM Yang di-Pertuan Agong di portal berita sosial. Beliau menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang menghina DYMM Yang di-Pertuan Agong. Mereka perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya.
MIC PERLU BUANG SIKAP DEGILNYA
Posted by Unknown
Posted on 01:28
with No comments
Pertubuhan Penyayang dan Perpaduan Selangor menggesa MIC supaya membuang sikap degilnya dengan memberi laluan kepada Waythamoorthy yang dilantik sebagai Timbalan Menteri bagi membolehkan beliau menjalankan tugasnya. Ketua pertubuhan tersebut, Selvindran mengingatkan, sesuai dengan jawatan yang disandang, Waythamoorthy perlu mengatasi masalah yang masih menghantui kaum India seperti untuk mendapatkan kad pengenalan merah dan kewarganegaraan.
RAMAI KAUM CINA PADA PERHIMPUNAN BLACKOUT 505
Posted by Unknown
Posted on 01:24
with No comments
Dalam tulisan blog, chedet.com, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kesimpulan bahawa sebahagian besar peserta dalam siri perhimpunan jalanan pada 5 Mei lalu, terdiri daripada kaum Cina. Beliau berpendapat, perkembangan itu akan menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik. Tambahnya, jumlah orang Melayu yang sedikit dalam perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan keterasingan pemimpin PAS dalam demonstrasi tersebut.
NGO DESAK AHLI PARLIMEN PAKATAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH
Posted by Unknown
Posted on 01:16
with No comments
Ketua Kumpulan Gabungan NGO, Haris Ibrahim, menggesa wakil Pakatan Rakyat supaya memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen yang dijadual berlangsung pada akhir Jun ini kerana percaya berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Beliau berkata, mereka akan memulakan kempen dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik tertentu pada minggu ini. Beliau berkata, pemulauan pada 24 Jun itu juga akan menguatkan lagi bantahan Pakatan yang selama ini disalurkan melalui siri perhimpunan jalanan di seluruh negara. Beliau turut mendakwa, bahawa sebanyak 51% pengundi telah ditipu dalam menentukan siapa yang akan mentadbir Putrajaya.
BATALKAN PASPORT, DAP AKAN BANTU
Posted by Unknown
Posted on 01:08
with No comments
DAP akan menawarkan bantuan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang pasport mereka dibatalkan oleh kerajaan ekoran penglibatan mereka dalam membantah amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan Barisan Nasional. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak akan berdiam diri melihat rakyat Malaysia diambil tindakan sedemikian hanya kerana mereka menggunakan hak mereka mendedahkan kepincangan kerajaan.
SUKAR UNTUK MENANG PETISYEN PILIHAN RAYA - PKR
Posted by Unknown
Posted on 00:22
with No comments
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui bahawa adalah
sukar untuk memenangi sesuatu petisyen pilihan raya di mahkamah. Semasa
bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, beliau merasakan sukar untuk
membuktikan adanya penipuandalam pilihan
raya dan ia di luar kemampuan manusia untuk membuktikannya. Mengulas lanjut
mengenai perkara itu, Rafizi berkata, pihak yang memfailkan petisyen itu perlu
membuktikan bahawa pihak lawan telah memberi rasuah atau telah menakut-nakutkan
pengundi untuk mempengaruhi undi mereka.
MENGAPA PROSES PELANTIKAN WAKIL INDIA LEWAT?
Posted by Unknown
Posted on 00:21
with No comments
Kesemua calon MIC yang bertanding di tiga kerusi DUN di Perak
pada PRU-13 yang baru lalu, kalah. Ini bermakna tiada wakil India dalam
kerajaan negeri Perak. Namun, Menteri Besar, Datuk Zambry telah berjanji
akan memperuntukkan jawatan penasihat khas dan pegawai khas bagi masyarakat
India. Tetapi, timbul persoalan mengapa wakil-wakil tersebut masih belum
dilantik?
WAKIL INDIA TIADA TEMPAT DALAM PKR?
Posted by Unknown
Posted on 00:20
with No comments
Ahli-ahli kaum India PKR Shah Alam merasa tidak puas hati dan
kecewa kerana kerajaan negeri Selangor hanya melantik dua sahaja orang India
sebagai Exco negeri. Pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat seperti Dato Seri
Anwar dan Menteri Besar Selangor tidak mengutamakan kaum India dalam pelantikan
ini. Mereka berpendapat ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar wajar
dilantik sebagai Exco Selangor bagi mewakili ahli akar umbi kaum India dalam
PKR.
KAWAL PORTAL BERITA BUKAN TINDAKAN TEPAT
Posted by Unknown
Posted on 00:19
with No comments
Ahli Parlimen Klang,
Charles Santiago menyelar tindakan kerajaan yang mahu mengawal portal berita
dengan tujuan untuk menyekat pelaporannya. Ia satu tindakan yang
tidak patut di mana dunia maklumat teknologi moden masa kini. Persoalannya,
mengapa kerajaan tidak merancang tindakan ini sebelum ini? Ia kini telah
menimbulkan beberapa tanggapan dalam kalangan rakyat, kata beliau.
KABINET LEMAH KATA RAMAKRISHNAN
Posted by Unknown
Posted on 00:18
with No comments
Tindakan Kabinet melantik menteri sebelum dilantik ke jawatan Senator
dikecam dan dikutuk oleh bekas seorang Senator, Dr Ramakrishan. Oleh itu,
beliau berpendapat Kabinet tidak lagi diperlukan dan perlu dijumudkan
sepenuhnya.
NAFI LARANG PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KE SABAH
Posted by Unknown
Posted on 01:42
with No comments
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan media semalam, menafikan dakwaan di mana Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengerusi Bersih, S Ambiga dan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli diharamkan memasuki negeri Sabah. Beliau menjelaskan melarang Nurul Izzah memasuki Sabah pada 30 Mei lalu adalah untuk satu majlis sahaja. Nurul, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa, beliau ke Sabah atas jemputan Ahli Parlimen Penampang, Darrell Leiking untuk turut serta dalam perayaan Tadau Kaamaatan Pesta Kaamatan pada 30-31 Mei. Tetapi semasa ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, beliau telah ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihantar pulang tanpa sebarang sebab.
TUN MAHATHIR BERI AMARAN MELAYU AKAN CARI JAGUH BAHARU
Posted by Unknown
Posted on 01:35
with No comments
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya bertajuk ‘Umno dahulu dan sekarang’ menulis, Umno menang pada PRU-13 adalah kerana ia merupakan satu-satunya parti Melayu. Tetapi pada masa akan datang orang Melayu akan mencari jaguh baharu untuk mempertahankan kaum, agama dan negara jika pemimpin Umno terus-terusan menjaga kepentingan mereka sendiri bukan rakyat. Beliau menambah, kemenangan tipis gabungan BN dalam pilihan raya umum itu tidak boleh dianggap sebagai peningkatan sokongan orang Melayu tetapi kerana mereka tidak ada pilihan lain dan takut kehilangan hak serta kedudukan istimewa jika Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa. Pada masa sama, beliau turut menyentuh isu menjadikan BN sebagai parti tunggal kerana belum masanya bagi Barisan Nasional untuk menjadi sebuah parti tunggal. Pendekatan terbaik adalah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.
AMBIGA SOKONG PERHIMPUNAN PR DI KL
Posted by Unknown
Posted on 01:15
with No comments
Datuk Ambiga Sreenevasan menyokong hak Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran “Black 505” di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini walaupun kerajaan mengenakan tindakan keras terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis.
ANGGOTA POLIS YANG TERLIBAT AKAN DIBERHENTIKAN
Posted by Unknown
Posted on 22:38
with No comments
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota polis yang terlibat dengan kes kematian Dharmindran yang didapati mati semasa dalam tahanan, akan ditamatkan perkhidmatan. Beliau berkata, kementerian akan mengkaji semula prosedur operasi standard di mana mereka yang bersalah adalah bertanggungjawab bukan dipikul oleh pasukan polis. Beliau juga meminta pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik tidak membuat sebarang bantahan kerana beliau dan timbalannya akan memberikan perhatian terhadap kes berkenaan. Beliau mengaskan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Polis Negara akan menyiasat kes tersebut dan ini menunjukkan bahawa mereka mengambil berat terhadap perkara ini.
DAP TIDAK PERCAYA WAYTHAMOORTHY
Posted by Unknown
Posted on 22:29
with No comments
Timbalan Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen, Sivakumar berkata dalam satu kenyataan bahawa parti itu tidak percaya kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy atas jemputan bekerjasama dengan DAP untuk menyelesaikan masalah kaum India. Persoalannya, apakah sebagai Timbalan Mmenteri, Waythamoorthy tidak mampu untuk menyelesaikan masalah masyarakat India?
KIT SIANG : SAYA DITAHAN MASUK KE SABAH
Posted by Unknown
Posted on 22:24
with No comments
Pemimpin veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mendakwa beliau dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah disenarai hitamkan dan ditahan untuk memasuki negeri Sabah. Selain beliau, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, Pengerusi Bersih, Ambig dan Pengarah Startegik PKR, Rafizi, juga disenarai hitamkan. Beliau berkata, tindakan penahanan mereka itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan menyifatkan ia sebagai menyalahgunakan kuasa.
CHEN YU KANG : SEKIRANYA SMPC KUANTAN BUKAN SMPC YANG SEBENARNYA SAYA AKAN PULANGKAN ANUGERAH SEMANGAT LIM LIAN GEOK
Posted by Unknown
Posted on 22:19
with No comments
Pemenang Anugerah Semangat Lim Lian Geok yang juga veteran pendidikan Cina di Pahang, Chen Yu Kang berkata sekiranya Sekolah Menengah Persendirian Kuantan (SMPC Kuantan) bukan SMPC yang benar-benar mengasaskan bahasa Cina maka beliau akan memulangkan semula anugerah Semangat Lim Lian Geok untuk memohonkan maaf. Chen Yu Kang mengkritik pihak yang menekan lembaga pengarah SMPC Kuantan supaya memulangkan semula surat kelulusan kepada kerajaan, dalam satu sidang akhbar. Beliau juga mengkritik Presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dan Naib Presidennya, Chow Siew Hon kerana masih masih bertelingkah terhadap isu surat kelulusan SMPC Kuantan dengan tujuan untuk menghapuskan SMPC Kuantan. Beliau berkata, perbuatan Dong Zong terhadap Lembaga Pengarah SMPC Kuantan adalah tidak adil dan telah memecahkan perpaduan pendidikan Cina.
|
150 NGO INDIA BANTAH PELANTIKAN P. WAYTHAMOORTHY
Posted by Unknown
Posted on 23:00
with No comments
Kira-kira 150 NGO India dan Pemuda MIC akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak bagi membantah pelantikan pemimpin Hindraf, P.Wathyamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mereka mendakwa Waythamoorthy tidak layak mewakili masyarakat India di negara ini kerana beliau gagal menunaikan janji-janjinya kepada kaum India semasa menganjurkan demonstrasi jalanan pada 2007. Sehubungan itu, beberapa NGO India menggesa pemimpin-pemimpin MIC supaya meletakkan jawatan sebagai membantah pelantikan Waythamoorthy. Perkara ini merupakan satu penghinaan terhadap MIC yang setia bersama BN selama 56 tahun, bidas ketua kumpulan ini, Haji Tasleem dalam satu sidang media di Kuala Lumpur semalam.
CHOW SIEW HON : MAHU SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA (SMPC) YANG ASLI
Posted by Unknown
Posted on 22:55
with No comments
Naib Presiden Dong Zong, Chow Siew Hon berkata Dong Zong, Gabungan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Pahang dan pejuang pendidikan Cina akan memperjuangkan semula untuk membina sebuah sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) bukan persendirian di Pahang. Beliau berkata, sehingga kini Pahang masih belum ada sebuah SMPC yang asli dan semangat 520 masih belum tercapai. Beliau juga berkata, pembinaan SMPC baru ini, di Kuantan tidak akan menjejaskan SMPC Kuantan yang baru kerana ia adalah sebuah sekolah menengah kebangsaan persendirian dan bukan SMPC yang asli. Beliau berkata, Dong Zong mengalu-alukan Foon Yew High School Johor untuk menubuhkan cawangannya di Kuantan tanpa mengamalkan sistem dua barisan dan bahasa pengantarnya bahasa Cina di mana asas pembelajaran berdasarkan kepada sukatan pelajaran UEC.
HINDRAF GANTI MIC?
Posted by Unknown
Posted on 01:24
with No comments
Waythamoorthy, salah seorang pemimpin Hindraf yang pernah
mencetuskan perhimpunan besar Hindraf pada November 2007 lalu, kini dilantik
sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pelantikan ini merupakan
satu cabaran besar kepada MIC, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar kepada
wartawan di Sitiawan, semalam. MIC ditubuhkan 56 tahun lalu. Beliau mendakwa,
terpengaruh dengan sokongan dari kalangan kaum India sejak dua pilihan raya
umum, kini Perdana Menteri telah merancang untuk mematikan parti MIC dengan
sepenuhnya dengan memberi jawatan timbalan menteri kepada Waythamoorthy.
ADUAN ROS KERANA TIADA PEMILIHAN MIC
Posted by Unknown
Posted on 01:23
with No comments
Seorang ketua MIC cawangan, Pathmanathan membuat aduan
kepada Pendaftaran Pertubuhan(ROS)tentang keengganan MIC untuk mengadakan pemilihan
parti. Beliau melemparkan soalan mengapa MIC tidak mahu mengadakan pemilihan
MIC meskipun tempohnya akan tamat tidak lama lagi.
TIDAK SALAH PERSOAL KERAJAAN MINORITI BN
Posted by Unknown
Posted on 01:20
with No comments
Rakyat Malaysia berhak mempersoalkan mengapa sistem pilihan
raya negara membenarkan kerajaan minoriti terus berkuasa, kata Lim Guan Eng
hari ini, sambil menyelar tindakan autokratik dan keras kerajaan menghukum
mereka yang berani mempertikaikan. Lim turut mengecam kenyataan Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta mereka yang tidak berpuas
hati dengan sistem pilihan raya negara supaya berhijrah. Beliau juga mencabar
Naib Presiden Umno itu berdebat dengannya sehari suntuk di Parlimen,
bersama-sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau pun Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.