Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan media semalam, menafikan dakwaan di mana Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengerusi Bersih, S Ambiga dan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli diharamkan memasuki negeri Sabah. Beliau menjelaskan melarang Nurul Izzah memasuki Sabah pada 30 Mei lalu adalah untuk satu majlis sahaja. Nurul, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa, beliau ke Sabah atas jemputan Ahli Parlimen Penampang, Darrell Leiking untuk turut serta dalam perayaan Tadau Kaamaatan Pesta Kaamatan pada 30-31 Mei. Tetapi semasa ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, beliau telah ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihantar pulang tanpa sebarang sebab.
TUN MAHATHIR BERI AMARAN MELAYU AKAN CARI JAGUH BAHARU
Posted by Unknown
Posted on 01:35
with No comments
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya bertajuk ‘Umno dahulu dan sekarang’ menulis, Umno menang pada PRU-13 adalah kerana ia merupakan satu-satunya parti Melayu. Tetapi pada masa akan datang orang Melayu akan mencari jaguh baharu untuk mempertahankan kaum, agama dan negara jika pemimpin Umno terus-terusan menjaga kepentingan mereka sendiri bukan rakyat. Beliau menambah, kemenangan tipis gabungan BN dalam pilihan raya umum itu tidak boleh dianggap sebagai peningkatan sokongan orang Melayu tetapi kerana mereka tidak ada pilihan lain dan takut kehilangan hak serta kedudukan istimewa jika Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa. Pada masa sama, beliau turut menyentuh isu menjadikan BN sebagai parti tunggal kerana belum masanya bagi Barisan Nasional untuk menjadi sebuah parti tunggal. Pendekatan terbaik adalah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.
AMBIGA SOKONG PERHIMPUNAN PR DI KL
Posted by Unknown
Posted on 01:15
with No comments
Datuk Ambiga Sreenevasan menyokong hak Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran “Black 505” di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini walaupun kerajaan mengenakan tindakan keras terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis.
ANGGOTA POLIS YANG TERLIBAT AKAN DIBERHENTIKAN
Posted by Unknown
Posted on 22:38
with No comments
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota polis yang terlibat dengan kes kematian Dharmindran yang didapati mati semasa dalam tahanan, akan ditamatkan perkhidmatan. Beliau berkata, kementerian akan mengkaji semula prosedur operasi standard di mana mereka yang bersalah adalah bertanggungjawab bukan dipikul oleh pasukan polis. Beliau juga meminta pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik tidak membuat sebarang bantahan kerana beliau dan timbalannya akan memberikan perhatian terhadap kes berkenaan. Beliau mengaskan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Polis Negara akan menyiasat kes tersebut dan ini menunjukkan bahawa mereka mengambil berat terhadap perkara ini.
DAP TIDAK PERCAYA WAYTHAMOORTHY
Posted by Unknown
Posted on 22:29
with No comments
Timbalan Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen, Sivakumar berkata dalam satu kenyataan bahawa parti itu tidak percaya kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy atas jemputan bekerjasama dengan DAP untuk menyelesaikan masalah kaum India. Persoalannya, apakah sebagai Timbalan Mmenteri, Waythamoorthy tidak mampu untuk menyelesaikan masalah masyarakat India?
KIT SIANG : SAYA DITAHAN MASUK KE SABAH
Posted by Unknown
Posted on 22:24
with No comments
Pemimpin veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mendakwa beliau dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah disenarai hitamkan dan ditahan untuk memasuki negeri Sabah. Selain beliau, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, Pengerusi Bersih, Ambig dan Pengarah Startegik PKR, Rafizi, juga disenarai hitamkan. Beliau berkata, tindakan penahanan mereka itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan menyifatkan ia sebagai menyalahgunakan kuasa.
CHEN YU KANG : SEKIRANYA SMPC KUANTAN BUKAN SMPC YANG SEBENARNYA SAYA AKAN PULANGKAN ANUGERAH SEMANGAT LIM LIAN GEOK
Posted by Unknown
Posted on 22:19
with No comments
Pemenang Anugerah Semangat Lim Lian Geok yang juga veteran pendidikan Cina di Pahang, Chen Yu Kang berkata sekiranya Sekolah Menengah Persendirian Kuantan (SMPC Kuantan) bukan SMPC yang benar-benar mengasaskan bahasa Cina maka beliau akan memulangkan semula anugerah Semangat Lim Lian Geok untuk memohonkan maaf. Chen Yu Kang mengkritik pihak yang menekan lembaga pengarah SMPC Kuantan supaya memulangkan semula surat kelulusan kepada kerajaan, dalam satu sidang akhbar. Beliau juga mengkritik Presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dan Naib Presidennya, Chow Siew Hon kerana masih masih bertelingkah terhadap isu surat kelulusan SMPC Kuantan dengan tujuan untuk menghapuskan SMPC Kuantan. Beliau berkata, perbuatan Dong Zong terhadap Lembaga Pengarah SMPC Kuantan adalah tidak adil dan telah memecahkan perpaduan pendidikan Cina.
|
