WAKIL INDIA TIADA TEMPAT DALAM PKR?

Ahli-ahli kaum India PKR Shah Alam merasa tidak puas hati dan kecewa kerana kerajaan negeri Selangor hanya melantik dua sahaja orang India sebagai Exco negeri. Pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat seperti Dato Seri Anwar dan Menteri Besar Selangor tidak mengutamakan kaum India dalam pelantikan ini.  Mereka berpendapat ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar wajar dilantik sebagai Exco Selangor bagi mewakili ahli akar umbi kaum India dalam PKR.


KAWAL PORTAL BERITA BUKAN TINDAKAN TEPAT

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyelar tindakan kerajaan yang mahu mengawal portal berita  dengan tujuan untuk menyekat pelaporannya.   Ia satu tindakan yang tidak patut di mana dunia maklumat teknologi moden masa kini.  Persoalannya,  mengapa kerajaan tidak merancang tindakan ini sebelum ini? Ia kini telah menimbulkan beberapa tanggapan dalam kalangan rakyat, kata beliau.

KABINET LEMAH KATA RAMAKRISHNAN

Tindakan Kabinet melantik menteri sebelum dilantik ke jawatan Senator dikecam dan dikutuk oleh bekas seorang Senator, Dr Ramakrishan. Oleh itu, beliau berpendapat Kabinet tidak lagi diperlukan dan perlu dijumudkan sepenuhnya.


NAFI LARANG PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KE SABAH

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan media semalam, menafikan dakwaan di mana Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengerusi Bersih, S Ambiga dan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli  diharamkan memasuki negeri Sabah. Beliau menjelaskan melarang Nurul Izzah memasuki Sabah pada 30 Mei lalu adalah untuk satu majlis sahaja. Nurul, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa, beliau ke Sabah atas jemputan Ahli Parlimen Penampang, Darrell Leiking untuk turut serta dalam perayaan Tadau Kaamaatan Pesta Kaamatan pada 30-31 Mei. Tetapi semasa ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, beliau telah ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihantar pulang tanpa sebarang sebab. 

TUN MAHATHIR BERI AMARAN MELAYU AKAN CARI JAGUH BAHARU

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya bertajuk ‘Umno dahulu dan sekarang’ menulis, Umno menang pada PRU-13 adalah kerana ia merupakan satu-satunya parti Melayu. Tetapi pada masa akan datang orang Melayu akan mencari jaguh baharu untuk mempertahankan kaum, agama dan negara jika pemimpin Umno terus-terusan menjaga kepentingan mereka sendiri bukan rakyat. Beliau menambah, kemenangan tipis gabungan BN dalam pilihan raya umum itu tidak boleh dianggap sebagai peningkatan sokongan orang Melayu tetapi kerana mereka tidak ada pilihan lain dan takut kehilangan hak serta kedudukan istimewa jika Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa. Pada masa sama, beliau  turut menyentuh isu menjadikan BN sebagai parti tunggal kerana belum masanya bagi Barisan Nasional untuk menjadi sebuah parti tunggal. Pendekatan terbaik adalah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

AMBIGA SOKONG PERHIMPUNAN PR DI KL

Datuk Ambiga Sreenevasan menyokong hak Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran “Black 505” di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini walaupun kerajaan mengenakan tindakan keras terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis.


ANGGOTA POLIS YANG TERLIBAT AKAN DIBERHENTIKAN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota polis yang terlibat dengan kes kematian Dharmindran yang didapati mati semasa dalam tahanan,  akan ditamatkan perkhidmatan. Beliau berkata, kementerian akan mengkaji semula prosedur operasi standard di mana mereka yang bersalah adalah bertanggungjawab  bukan dipikul oleh pasukan polis. Beliau juga meminta pihak  badan bukan kerajaan (NGO)  dan parti politik tidak membuat sebarang bantahan kerana beliau dan timbalannya akan memberikan perhatian terhadap kes berkenaan. Beliau mengaskan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Polis Negara akan menyiasat kes tersebut dan ini menunjukkan bahawa mereka mengambil berat terhadap perkara ini.